Tahukah anda? Anda boleh mengaplikasikan sebarang gambar yang terdapat di Internet sebagai wallpaper handfon anda. Kaedah yang sama juga boleh digunakan di komputer.
Di mana kita boleh mendapatkan gambar atau wallpaper?
Ada banyak kaedah untuk tujuan ini.
- Kita boleh mendapat apa2 gambar dengan menggunakan carian gambar pada enjin carian. Contoh : www.yahoo.com, www.google.com.my.
- ATAU melayari laman2 web wallpaper percuma.
- ATAU melayari laman2 web peminat sama ada artist, cerita, movie, anime atau sebagainya. Contoh : http://www.theotaku.com/wallpapers/categories/,
- ATAU laman web muat turun yang legal dan juga yang illegal. Contoh : http://www.warezgarden.com/wallpapers/, http://www.ddlarea.com/.
- ATAU sebarang laman web.
Kita boleh jadikan wallpaper komputer sebagai wallpaper handfon. Jika sesuatu gambar terlalu besar, mungkin kita perlu kecilkan saiz gambar ke ukuran yang sesuai. Bagi tujuan ini anda perlu menggunakan perisian grafik yang sesuai. Terdapat banyak perisian grafik di pasaran dari komersial dan profesional seperti Adobe Photoshop ke perisian percuma sumber terbuka seperti GIMP. Anda boleh juga menggunakan perisian Microsoft Paint yang terdapat dalam Windows. Mungkin dalam artikel lain kita akan bincangkan mengenai suntingan gambar.
Perlu diingatkan bukan semua gambar yang boleh didapati di Internet adalah percuma, terdapat juga yang menyediakan perkhidmatan berbayar bagi tujuan ini. Oleh itu jika sesuatu laman web itu berbayar, anda boleh dapatkan dari sumber lain.
Karya IT









0 komen:
Catat Ulasan